Menyilangkan kaki gaya gadis kunun-kunun ayu, bahu kanan disandarkan ke dinding sambil muka sedikit mendongak melihat TV LCD yang disangkut(?) di dinding(mata je konon menghayati, tapi otak melayang). Tetiba terdengar sore comel seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ayahnye berkali-kali. Setiap soalan yang diutarakan adalah ulangan pertanyaan sebelumnye. " Ayah..sesak nafas tu apa?". Selepas 3 kali soalan itu diputar-putarkan berulang kali, hampir aku menoleh ke sebelah kiri dan jawab pertanyaan budak comel tu, " Adik, sesak nafas tu...contohnye macam kakak ni. Nak nafas tak boleh. Tarik la nafas sekuat mana pon, udara tanak gak masuk-masuk dalam terowong pernafasan akak. Kesian akak dik. Dua-dua lubang hidung akak ni kene sumbat dengan hingus yang degil lagi menggatal nak buat perhimpunan haram. Akak terpaksa bernafas ikut mulut je dik. Rasa macam nak lemas je sebab kurang udara. Itu lah sesak nafas. Paham dah dik?." Nasib baik ayah budak ...