Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Gossip, fitnah, mencela

Kadang kadang, orang tak sedar yang mereka menabur fitnah. Sebab itu agama menyarankan kita menjaga lidah apabila berbicara. Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara , akibat korban fitnah. Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa. Telah berlaku di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a. satu peristiwa seorang yang dituduh menyebarkan berita yang dijangka membawa kepada fitnah telah dibawa ke hadapan khalifah, lalu khali