Skip to main content

Terbalik Tak Sama

lebih kurang 2 tahun lepas semasa aku masih lagi berkerja di HP. Sedang2 aku khusyuk/pening pale menghadap komputer mambalun kerja2 yg tak berkesudahan, handphone aku berbunyi. New message. Ayah menghantar gambar...





katanye, masa nak ambil kasut dari almari pagi tadi, hari masih gelap. Matahari belum keluar. Lampu pula malap. Ingatkan ambil pair yang sama. Bila sampai opis, tengok-tengok kasut sebelah lain, sebelah lain.

dan aku tergelak mengekek sengsorang di meja kerja.


Semalam, mak mengajak aku pergi foot refleksologi di kajang. OTW ke sana, singgah ke petronas isi minyak. Mak sempat beli aiskrim celero 2 batang. satu untuk aku, satu untuk mak. Selesai isi minyak, kami meneruskan perjalanan ke Kajang. Sambil aku drive sambil2 makan aiskrim Celero. Tengah2 mak(dan aku) menikmati keenakan askem best tu, tipon mak tetiba menjerit. Tangan kanan mak pegang askem, tangan kiri pegang tab dan mak pon jawab panggilan..

hello..

......

hello......

.......

hello...!

.....

tak dengar lah...

hello..hello..hello....!!!

......

geram tak dengar suara, mak end je call tu.

Selang beberapa saat, mak bersuara.
"tau tak nape mak tak dengar suara tadi? rupanya mak jawab tipon terbalik..yang tang kat mulut, letak kat bahagian telinga, yang patut ditelinga kat mulut........................patut la tak dengar suara orang yang call tuh....."

nasib aku tak tersedak askem gelakkan mak...

Comments

Popular posts from this blog

bosan

aku.. kalo bosan je mesti on internet asal tatau nak buat ape je, mesti surf internet kalo sehari tak ngadap masuk internet ni, tergeletek-geletek rasanye badan ni(macam ni agaknyer perasaan seorang addict bile....) persolannye sekarang... ape aku nak buat bile aku tgh bosan tapi aku bosan melayan internet. (did you guys get what I mean?) haih......... melayan novel lagi baik..

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

 Lama sudah ku tidak mengintai blog ni. Hahahaha... Kehidupan ku sekarang agak tenang dalam melayari ribut badai kehidupan. Alhamdulillah dapat merasai kenikmatan ketenangan tiupan angin walaupun adakalanya di timpa hujan, bersyukur sangat.. Masuk tahun ni dah hampir 7 tahun aku menjaga Hafizuddin dan Maryam. Dan apa yang aku boleh katakan, insyaAllah aku dah masuk dalam fasa berdamai dengan ketentuan Illahi.  Jujur, sebelum aku agak marah dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang terpaksa aku galas. Dalam diam aku marah orang sekeliling aku yang meletakkan tanggugjawab ini pada aku.  Menjaga anak-anak tak senang okey. Satu, aku ni seorang moody..emosi bagai gunung berapi..hatta 1 batu kecil mampu meletuskan api. Dan aku selalu berfikir, mungkin sebab mereka bukan keluar dari badanku sendiri maka haruman kasihku pada mereka pudar sekali. Seringkali memerlukan baja agar harumannya mekar mewangi... Tau tak dari mana aku dapat baja? Ada sekali tu aku rasa lelah sangat. Me...

saye nak jadi tukang cop duit bleh?

Pernah tak korang, setiap kali korang lalu depan kedai Levis time korang berjoli jolan kat dalam Alamanda yg korang berazam korang akan sambar sepasang suar jeans kat situ satu hari nanti.?(berape kali banyak korang daaa..) well, I have. And I really want one! The thing is, a pair of that piece of clothe cost like hundreds of ringgit.! ape ingat aku ni cop duit ke? it's not fair! kenape orang nak beli satu helai jeans yg rege die baratus2 ringgit sungguh aku tak paham.  haih...oleh kerana hampa tak dapat nak beli Levis, aku setel ngan Goggles je. pastu beralih arah ke Toms Girl, mencube Voir dan beberape unknown brand. They all have one thing in common(apart from a little bit less pricey). Wajib akan menggelebeh bile selalu pakai dan basuh.Aduh!! Voir paling teruk skali, dikuti goggles. Tak sampai setahun dah worn out. Toms Girl, okay la lagi.. jadi...oleh kerana bulan pose ni aku tau aku takkan banje banyak, so aku tetapkan hati masuk dalam kedai Levis, hangkut satu helai,(t...