Skip to main content

Ada Apa Pada Nama

Godek2 internet terjumpe posting nih. Agak menarik dan banyak info yg boleh dapat.--> click  Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama Anak-Anak..Sila Baca!!

Ni aku kopi pes je. kalo nk tau lebih lanjut, korang sendiri buat research.

===========================

Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia  adalah: 
1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang  sering digunakan : 
  • Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
  • Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
  • `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
  • Wati (Persetubuhan)
  • Azli (Celaanku), Azlan (Celaan) 
2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
  • Azali
  • Muhaimin 
3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
  • Suyuti (Orang Asyut)
  • Bukhari (Orang Bukhara)
  • Ghazali (Orang Ghazal)
  • Nawawi (Orang Nawa)    
  • Misri atau Masri (Orang Mesir)
  • Baihaqi (Orang Baihaq)
  • Tirmizi (Orang Tirmiz) 
4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits. 
5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini. 
6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab 
7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
  • Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
  • Ghulam `Ali (Hamba `Ali) 
8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki) 
9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
  • Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
  • Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w. 
10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
  • Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
  • Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia. 
11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
  • Zaleha – sepatutnya Zulaikha 
12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
  • ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
  • Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya. 
13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
  • Muti`ah (yang taat) 
14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti: 
  • Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina) 
15. Nama yang terpengaruh dengan budaya  barat, contohnya:
  • Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
  • Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku) 
16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
  • Syamsul Bahri (matahari lautan)
  • Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
  • Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
  • Rafidhi (Syiah pelampau)
  • Atan (keldai betina)
  • Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
  • Jamalullail (keindahan malam) 
Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
  • Zainab         - makna baik   : nama bagi sejenis pokok yang wangi
                              – makna buruk : pengecut
  • Mu`awiyah  - makna baik   : pembela / pejuang
                              – makna buruk : yang menyalak 
17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’. 
Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
  • Fairuz
  • Sirin (manis –bahasa Farsi)
  • Rustam
  • Sarfaraz (mulia)
  • Sibawaih (wangian epal) 
18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
  • Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
  • Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
  • Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
  • Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
  • Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin  جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’ 
19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku) 
Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain 
20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
  • Syukri (Kesyukuranku)
  • Fathi (Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
  • Imam Jalaluddin as-Suyutiyang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
  • Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhariyang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
  • Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri 
Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur. 
Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu. 
Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan: 
  • Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut. 
Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama  yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat. 
  • Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama. 
Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`: 
  • Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata. 
  • Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata. 
21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
(Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ] 

dan ayat:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ] 

22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti: 
  • Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah 
  • Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s 
Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.

=======================================

Comments

MUNAH said…
WOW! serius, awesome info meh!
selepas ini kena berhati-hati apabila memilih nama untuk bakal anak-anak kita. wahhh gitu...
and juga bakal nama Suami. ops! huhu

Popular posts from this blog

Easy On Me

Dah lama tak layan lagu-lagu sebenarnya. Layan lagu ni pun sebab Aina Abdul punya cover and this cover is currently on the loop. This song hits differently when I suddenly realized the meaning of the line "So go easy on me..." I was like straight away imagining the kids saying that line to me....and it feels so heartbreaking..and I feel so sorry and it made me tried harder to be better.. Honestly parenting is tough. Really really tough.. It's going one month more to full 4 years now where I became a single parent to 2 of my sister's kids. Life and things happened to my sister so I step myself in to take care of her kids. I thought then that it was an easy thing for me to do that, but no! Oh God no!! Ya Allah how wrong I was!! My first 2 years in was the hardest and I struggled with the sudden changes I have to made. The 180 adjustment (in every directions) I had to take kinda messed me up a little bit (emotionally and physically).   But I learned  All sorts of things.

A dump post

Rabu dah kejap je minggu ni dah tak ada dah emosional bagai. Alhamdulillah. Sampai tengok cerita Hotel Del Luna part sedih pon, bergenang pon tidak  Part scene sedih tu boleh tak terheran kejap. Cam, kenapa tak meleleh ni? sebab selalunya kalau tengok drama memang senang sangat air hujan turun. Yang aku perasan, diri ni tak boleh terlalu dry sangat emosi tu. Sebab dia bukan betul-betul tak peduli, tapi emosi tu akan build up dan bila dah sampai threshold dia.....mula la break down. Bahaya anyway Many things happened within this little time from the last post. Might be mundane things for others, but not so for me. On Sunday, I accompanied mak to her acquaintance cafe. we had a lovely breakfast together. An english style breakfast.....which is not to my liking and I kept on thinking I want Nasi Lemak! (which they have actually).  and somewhere along our conversations mak touched on when she's 'gone' thingy...I was extremely saddened by that. Like really really sad

Trying is all I can do

This week is an emotional wreck kinda week. Starting from Sunday evening all the way through the week, it's one rocky roller coaster ride. Rasanya hampir semua emosi yang exist this whole universe hadir dalam minggu ni.  Please no more.. Waktu siang tak  terasa sangat sebab serious busy, so otak tak pikir apa. Tapi bila time masa senggang.....Too much feels..too much thoughts... Minggu ni saja First time tidur sambil berendam air mata.  First time menangis sampai mata sembab macam kena tumbuk, dan first time tak dapat tidur sebab menangis. Tapi apa yang aku dapat minggu ni?  It's okay to cry So that I could function well the next day It's okay to feel so much So that I could get closure that I never knew I need And try to move on And to rely to others And to hold on tight on Allah to protect you and your family May next week be better much much much than this week. InsyaAllah.