Skip to main content

Bangi ---> Melaka ---> Johor ::::> Capek bangatt

Sabtu lepas ade dua kenduri. Di dua negeri. Nasib baik negeri negeri tuh berjiran. Fuh..

So, Bangi ---> Melaka ---> Johor ::::> Capek bangatt..

Kat Melaka kenduri member sekolah. Pastu ke Johor sebab kawan kepada kawan aku ade buat kenduri kahwin. So aku kire menemankan lah. Dan alang-alang ke sana, kite pon decide nak pusing-pusing kat area situ. Parit Raja..

Hurm..Tak pusing mana sangat pon, sebab sampai ke tempat kenduri kat Parit Raja tu pon dah hampir nak habis dah majlis. Kelakar je. Lagi 10 minit nak pukul 4, baru kitorang sampai. Nasib baik lauk banyak lagi(perut dah kebulur). Lepas salam-salam amik amik gambar ngan pengantin, terus serbu meja makan. Amik makanan. Giler lapar. Time tu orang dah tade amik makanan dah. Tayah beratur, terus boleh amik lauk masuk dalam pinggan. Tade la tade orang langsung. Orang-orang yang tinggal bawah khemah sume kendarat/sedara mara/jiran je.

Tak habis makan lagi, pengantin dah nak chow buat outdoor Photoshoot dah.

Nampak tak kat situ yang kitorang dah lambat sangaaaat sampai. Nak wat cane, dari Melaka ke Johor jauh sangat jaraknye. Dan, gaya pemanduan aku tak serupa michael schumacher yang boleh berdesup desap yang tinggal hanya asap kereta langsung tak nampak. So, terima je lah hakikat.

Kat kenduri ni la first time nampak pisang goreng dijadikan sebagai salah satu menu untuk majlis perkahwinan. Unik! Dan yang bestnyer, first time aku di kenal dan rasa sambal kicap johor. Sedap weih!!! Tsk..terngiang-ngiang kat memory cache pale otak. Pergh! Sedap!

Sengetkan la kepala korang.....


Orang tak ramai. Karaoke pon dah bungkus-bungkus nak balik. Pengantin pon dah pergi photoshoot. Kitorang? still stay kat meja makan.

dah tak larat nak hangkut badan masuk balik dalam kereta.

lepak la kejap. Amik udara segar.

berbual-bual sikit ngan mak pengantin. Sambil-sambil tu top up makanan. Ngunyah-ngunyah dulu. Kerepek dia pon sedap.Aku ngan tak malu pon tanya mak pengantin kalo aku boleh amik satu balang kerepek yang memang ade atas meja kitorang untuk di buat ngonyel-ngonyel dalam perjalanan balik.

lepas tanya terus rasa cam malu giler. Kot die mak sedara aku boleh la aku tanya gitu. Ni ngan mak kawan kepada kawan aku plak tuh. Nak tersipu lebih-lebih perahu dah terlajak. So, go through till the end je la.

Makcik tu pon kasi what!. Ko hade?

lepas menerima je balang kerepek dengan muke tebal bertepek-tepek senyum sumbing lebau tak hengat dunia, angkat montot, terus gerak masuk kete gi check in hotel.


sekian


Comments

Popular posts from this blog

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

 Lama sudah ku tidak mengintai blog ni. Hahahaha... Kehidupan ku sekarang agak tenang dalam melayari ribut badai kehidupan. Alhamdulillah dapat merasai kenikmatan ketenangan tiupan angin walaupun adakalanya di timpa hujan, bersyukur sangat.. Masuk tahun ni dah hampir 7 tahun aku menjaga Hafizuddin dan Maryam. Dan apa yang aku boleh katakan, insyaAllah aku dah masuk dalam fasa berdamai dengan ketentuan Illahi.  Jujur, sebelum aku agak marah dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang terpaksa aku galas. Dalam diam aku marah orang sekeliling aku yang meletakkan tanggugjawab ini pada aku.  Menjaga anak-anak tak senang okey. Satu, aku ni seorang moody..emosi bagai gunung berapi..hatta 1 batu kecil mampu meletuskan api. Dan aku selalu berfikir, mungkin sebab mereka bukan keluar dari badanku sendiri maka haruman kasihku pada mereka pudar sekali. Seringkali memerlukan baja agar harumannya mekar mewangi... Tau tak dari mana aku dapat baja? Ada sekali tu aku rasa lelah sangat. Me...

bosan

aku.. kalo bosan je mesti on internet asal tatau nak buat ape je, mesti surf internet kalo sehari tak ngadap masuk internet ni, tergeletek-geletek rasanye badan ni(macam ni agaknyer perasaan seorang addict bile....) persolannye sekarang... ape aku nak buat bile aku tgh bosan tapi aku bosan melayan internet. (did you guys get what I mean?) haih......... melayan novel lagi baik..

saye nak jadi tukang cop duit bleh?

Pernah tak korang, setiap kali korang lalu depan kedai Levis time korang berjoli jolan kat dalam Alamanda yg korang berazam korang akan sambar sepasang suar jeans kat situ satu hari nanti.?(berape kali banyak korang daaa..) well, I have. And I really want one! The thing is, a pair of that piece of clothe cost like hundreds of ringgit.! ape ingat aku ni cop duit ke? it's not fair! kenape orang nak beli satu helai jeans yg rege die baratus2 ringgit sungguh aku tak paham.  haih...oleh kerana hampa tak dapat nak beli Levis, aku setel ngan Goggles je. pastu beralih arah ke Toms Girl, mencube Voir dan beberape unknown brand. They all have one thing in common(apart from a little bit less pricey). Wajib akan menggelebeh bile selalu pakai dan basuh.Aduh!! Voir paling teruk skali, dikuti goggles. Tak sampai setahun dah worn out. Toms Girl, okay la lagi.. jadi...oleh kerana bulan pose ni aku tau aku takkan banje banyak, so aku tetapkan hati masuk dalam kedai Levis, hangkut satu helai,(t...