Exam...
Kalau aku amik exam, aku stress!
tapi nak tau tak
Menjaga budak tadika jawab exam = stress kuasa lapan !!!!!!
Minggu lepas dari 18 sampai 20 haribulan bebudak Aulad exam
Sebelum start exam, aku dah psycho diri aku siap-siap:-
Apa nak jadi ngan bebudak kelas aku punya kertas pon jadi lah. Kalau diorang tanak jawab time exam pon biarlah diorang tak nak jawab, pandai2 la aku panggil diorang balik buat sama-sama ngan aku pas habis exam nannti. Suka hati diorang la. Sebab aku tau, kalau aku harapkan semua bebudak kelas aku jawab semua soalan time exam adalah sesuatu perkara yang hampir agak mustahil. So, dari aku lagi memeningkan kepala aku, baik aku go with the flow. . . . . . . relax~
Setiap hari ade 3 paper. For 3 days
Hari Isnin paper BM, Jawi, Akhlak. . . Okay la diorang jawab. Walaupon bila aku terangkan ape yang nak kene jawab untuk soalan no.1, ade yang pergi jawab soalan no.2. Dan dah tentu tentu lah salah. Stress kejap kat situ. Banyak kali jugak la aku repeat, " Anak2, tengok soalan no.1 . Kalau tak tau soalan no.1 kat mana, tengok depan! Tengok kat mana jari teacher tunjuk ni!. "...Ada jugak lagi yg tak jawab soalan no.1, die bantai lagi pergi kalerkan soalan no 2 dan aku tau kalau aku biarkan diorang terus kaler soalan no 2 tuh, kompem semua salah. Sigh.. Sabar je la. Nak buat macam mana? Amik eraser, padamkan balik ape yang diorang kaler, tunjukkan soalan yang betul dan guide diorang. Hampir satu kelas memerlukan one on one guidance. Masuk paper ke 3, diorang dah dapat rentak. Aku pon lega.
First day, okay lagi. Tak stress sangat
2nd day: Hari Selasa paper English Tauhid, Arabic. Ingat hari ni boleh la relax sebab semalam bebudak kelas semua macam dah dapat rentak. Tup2 ade la pulak yang meragam. Aduh..Aku kalau bab2 meragam ni agak lemah. So, sape yang meragam tu, aku biarkan diorang settle down dulu, sebab kalau aku layan diorang meragam, laaaagi la meragam = aku stress. So, go through je exam dengan the rest of the class.
Ya Allah! 2nd day punya kes membuatkan aku rasa macam nak nanges! sakit kepala kejap!
1. Budak meragam(2 orang)
2. Ade yang main2 jawab exam. So aku kene duduk sebelah die go through sama-sama
3. Ade yang tak paham instructions walaupon dah terangkan berkali-kali. so aku kene duduk sebelah diorang and go through sama-sama
4. Ada yang menconteng kertas exam. Sakit hati aku!
5. Ade yang terkencing dalam kelas. Seluar lencun! baju basah! terpaksa mop kelas beberapa kali. Rendam seluar dan baju yang kene kencing. Cari baju spare untuk dipakaikan. *Sigh*
6. Ade yang tertumpahkan air
7. Lepas lap, dia tumpahkan lagi air. Mop lagi!
8. Budak yang meragam tadi lepas diorang settle down, guide diorang jawab kertas periksa
9. Lepas habis 3-3 paper, diorang main. Dan gaduh. Dan menangis. Dan merajuk. Dan main. Dan gaduh. Dan menangis. Dan merajuk. Pujuk. Salam Balik. Nasihat. Tegur. Main balik.
10. Aku pening kepala~~~
3rd day: Semalam was a disaster.! So hari ni, aku expect the worst. Nak2 lagi hari ni ade paper Math. But, surprisingly diorang agak behave hari ni. So, aku pon tak stress.
Dan Merdeka!
Hari Khamis exam Seni. Ask diorang lukis rumah, kereta, awan, pokok...and most of them did fairly well. I'm impressed! And pretty excited of their drawings *heart* *heart*
Menghandle budak-budak 5 tahun exam bukanlah sesuatu perkara yang senang. Bukan macam orang dewasa jawab exam; cikgu kasi kertas exam, murid jawab sendiri. No no no !. Most of the time, these little cuties need us to sit beside them. And to guide them on how to answer the questions. Be it match or circle or colour to the correct answers. Not giving them the answers(that's solely on them). Just giving them the way to answer it.
I'm glad that it's over~
Comments