Skip to main content

Gossip, fitnah, mencela

Kadang kadang, orang tak sedar yang mereka menabur fitnah. Sebab itu agama menyarankan kita menjaga lidah apabila berbicara.

Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa.


Telah berlaku di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a. satu peristiwa seorang yang dituduh menyebarkan berita yang dijangka membawa kepada fitnah telah dibawa ke hadapan khalifah, lalu khalifah berkata kepadanya: Sekiranya apa yang kamu bawa ini berita yang berhubung maka kamu termasuk di kalangan orang yang dinyatakan di dalam firman Allah Taala:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan.

(Al-Hujurat: 6)

Kemudian khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata lagi: Sekiranya khabar berita yang kamu bawa itu benar maka kamu termasuk di dalam firman Allah Taala:

Ertinya: Yang mencela, pergi ke sana sini menyebarkan fitnah.

(Al-Qalam: 11).

Katanya lagi kepada lelaki itu "Atau (engkau tidak menceritakan khabar itu) dan aku memaafkan kamu."

Lelaki tersebut memilih untuk menerima maaf daripada khalifah Umar bin Abdul Aziz dan tidak meneruskan niatnya untuk menyebarkan berita yang dibawanya itu.

Apa yang berlaku menunjukkan bagaimana masyarakat Islam di zaman itu beramal dengan Islam - ajaran Islam bukan sekadar iman di dalam hati tetapi diamalkan di dalam kehidupan, di dalam keluarga dan masyarakat - menyebabkan mereka berhati-hati di dalam percakapan dan membawa berita-berita dan maklumat kerana bimbang sekiranya berita yang dibawa itu berhubung semata-mata maka ia akan membawa fitnah, atau walaupun berita itu benar, sekiranya boleh membawa kemudaratan di dalam masyarakat dan menimbulkan salah faham. Mereka benar-benar membuat pertimbangan walaupun khabar berita itu benar apa lagi sekiranya berita-berita itu memang salah dan bohong semata-mata.

Adakah sifat ini masih ada pada zaman kita? Kerana di zaman ini maklumat dan khabar berita menjadi barang jual beli kerana mengejar harta benda tanpa mengira samada maklumat yang dibawa itu betul atau salah. Kerana hendak mengejar itu semua menyebabkan umat Islam lupa untuk menjaga hubungan persaudaraan Islam dan hubungan sesama manusia. Rasulullah s.a.w. telah menyebut betapa eratnya hubungan sesama mukmin dengan sabdanya:

Ertinya: Perumpamaan perasaan cinta mencintai dan berkasih sayang sesama mukmin seperti satu badan, apabila salah satu anggotanya sakit maka seluruh anggotanya yang lain akan merasa demam dan berjaga malam.

Adakah perasaan seperti ini masih wujud di kalangan umat Islam? Yang berlaku ialah pertembungan dan pertarungan sesama orang-orang Islam kerana kelemahan Islam dan iman di dalam diri mereka. Walaupun masih ramai orang yang menamakan diri masing-masing dengan nama Islam dan sangat marah apabila dikatakan kepadanya sebagai lemah iman dan Islam tetapi dalam masa yang sama mereka mempermainkan ajaran Islam dan membelakangkan kitab Allah dan ajaranNya. Bukan sahaja mereka membawa fitnah yang membawa dosa kepada diri mereka tetapi juga memalukan Islam dan umat Islam.

Di antara perkara yang mudah menjahanamkan manusia ialah cakap-cakap bohong dan tidak benar. Islam membenarkan kita bercakap dan membiarkan berita sekiranya di dalam perkara menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar, dan di dalam menasihat dan menasihati di antara satu sama lain, bukannya untuk melepaskan geram, untuk menonjolkan diri dan menjatuhkan seorang yang lain. Marilah kita berlaku adil dan menjadi saksi-saksi yang adil bukannya saksi-saksi yang fasik dan boleh dibeli untuk melakukan tuduhan-tuduhan sesama manusia yang boleh membawa bencana kepada umat dan negara.

Marilah kita menjadi contoh kepada umat manusia dan umat pilihan dan umat yang menjadi pemimpin kepada umat manusia yang bukannya umat yang buruk perangainya. Hendaklah kita malu kepada diri sendiri dan malu kepada Allah Taala sekiranya diri kita sendiri bernama Islam tetapi tidak beramal dengan ajaran Islam. Bagaimana umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka beramal dengan Islam sebagaimana ucapan Umar bin Al-Khattab r.a.

Ertinya: Kita suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Bagaimana kita mencari kemuliaan dengan selain daripada cara yang dimuliakan kita, nescaya Allah akan menghina kita.

Dan ingatlah Firman Allah, erti maksudnya:

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah.

(Ali-Imran: 110)



Kutipan dari: 
http://blogtokwan.blogspot.com/2014/02/azab-dan-keburukan-besar-akibat-fitnah.html
http://www.shiar-islam.com/tulisan%20ustaz/doc77.htm
 
 
Tertarik dengan penulisan di atas sebab banyak bende yang kita bualkan hari ini kemungkinan akan menjadi kesedihan dan kemudharatan orang lain. Marilah kita berdoa kepada Allah agar kita tergolong dengan orang-orang yang menjaga lidahnya, dan seterusnya menjaga imannya.
 
Wallahu'alam 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

our JoY

Skang ni, umah aku(err..umah mak ayah aku sebenonye) penuh gile dgn gelombang gelombang warna warni pelangi. ya. tak tipu. betol ni. semonye disebabkan angel kecik yg sangat comel bernama baby Faris. serius..aku bangun je, mesti nak tgk baby Faris.mesti nak cium2 baby Faris.mesti nak pegang pegang baby Faris. Sayang giller aku kat baby Faris. aint he the cutest baby ever! what more he got 2 cute little dimples on his cute little chubby cheeks. aawww... ni omak nye..hehehe..tombam laie. ni ha baru nak diet. omak den kata Kak Long taleh makan askem tok stahun.harharhar..naseb le ps: MakLang pon MakLang le..dah give up ngan panggilan Aunty Alang dah some asik komplen je. plus it's too mouthful. tak kose den

bosan

aku.. kalo bosan je mesti on internet asal tatau nak buat ape je, mesti surf internet kalo sehari tak ngadap masuk internet ni, tergeletek-geletek rasanye badan ni(macam ni agaknyer perasaan seorang addict bile....) persolannye sekarang... ape aku nak buat bile aku tgh bosan tapi aku bosan melayan internet. (did you guys get what I mean?) haih......... melayan novel lagi baik..

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

 Lama sudah ku tidak mengintai blog ni. Hahahaha... Kehidupan ku sekarang agak tenang dalam melayari ribut badai kehidupan. Alhamdulillah dapat merasai kenikmatan ketenangan tiupan angin walaupun adakalanya di timpa hujan, bersyukur sangat.. Masuk tahun ni dah hampir 7 tahun aku menjaga Hafizuddin dan Maryam. Dan apa yang aku boleh katakan, insyaAllah aku dah masuk dalam fasa berdamai dengan ketentuan Illahi.  Jujur, sebelum aku agak marah dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang terpaksa aku galas. Dalam diam aku marah orang sekeliling aku yang meletakkan tanggugjawab ini pada aku.  Menjaga anak-anak tak senang okey. Satu, aku ni seorang moody..emosi bagai gunung berapi..hatta 1 batu kecil mampu meletuskan api. Dan aku selalu berfikir, mungkin sebab mereka bukan keluar dari badanku sendiri maka haruman kasihku pada mereka pudar sekali. Seringkali memerlukan baja agar harumannya mekar mewangi... Tau tak dari mana aku dapat baja? Ada sekali tu aku rasa lelah sangat. Me...