Found this on FB. Chicken soup of the day~
Seperti
yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan
memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang
berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita
terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Seperti
yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan
memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang
berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita
terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Kita tahu bahawa, siapa
yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan
kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi
bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita
juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering
melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM
tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan
seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah
ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah
seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia
yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?
Istidraj
adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang
melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak
berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha
mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini
banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah
Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang
manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci
kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh
orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala
perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin
hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak
digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua
kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh
menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari…
ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi,
rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam
bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah
yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang
melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam
peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa
kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi
anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan
ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka
jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda
dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda
berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah
badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi
muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah
berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca
bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak
ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari
itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu,
KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,
“ Yang
menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat
rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi
HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU
suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan
anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah
study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua
adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka
yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih
belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya,
bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa
bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah
tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka
senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.
Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda
berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku
berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai
lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar
dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
- Get link
- X
- Other Apps
Labels
Chicken Soup Of The Day Islam
Labels:
Chicken Soup Of The Day
Islam
- Get link
- X
- Other Apps
Comments