Skip to main content

Sihat sebelum sakit

Menyilangkan kaki gaya gadis kunun-kunun ayu, bahu kanan disandarkan ke dinding sambil muka sedikit mendongak melihat TV LCD yang disangkut(?) di dinding(mata je konon menghayati, tapi otak melayang).  Tetiba terdengar sore comel seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ayahnye berkali-kali. Setiap soalan yang diutarakan adalah ulangan pertanyaan sebelumnye.

 " Ayah..sesak nafas tu apa?". 

Selepas 3 kali soalan itu diputar-putarkan berulang kali, hampir aku menoleh ke sebelah kiri dan jawab pertanyaan budak comel tu, 

" Adik, sesak nafas tu...contohnye macam kakak ni. Nak nafas tak boleh. Tarik la nafas sekuat mana pon, udara tanak gak masuk-masuk dalam terowong pernafasan akak. Kesian akak dik. Dua-dua lubang hidung akak ni kene sumbat dengan hingus yang degil lagi menggatal nak buat perhimpunan haram. Akak terpaksa bernafas ikut mulut je dik. Rasa macam nak lemas je sebab kurang udara. Itu lah sesak nafas. Paham dah dik?."

Nasib baik ayah budak tu akhirnya menjawab jugak soalan budak tu. Kalo tak, mau terkebil-kebil die dengo hujah akak cermin mata biru ni. Ayahnye pon satu, ape lama kebeno nak cari jawapan. 

Terima kasih doktor kerana memberikan saya ubat titk. Kalau tak, malam ni terpaksa la 'kakak' ni mengulang kembali tragedi ngeri semalam yang tak boleh tidur sebab tak boleh bernafas. Terima kasih Allah kerana mengizinkan ubat doktor tadi berkesan.


Comments

pB said…
as salam

semoga cepat sembuh



Kenapa akak cari entry pasal teksi kat Saigon tu tak jumpa?
keireen said…
pasal belom buat lagi.huhuhuh

Popular posts from this blog

bosan

aku.. kalo bosan je mesti on internet asal tatau nak buat ape je, mesti surf internet kalo sehari tak ngadap masuk internet ni, tergeletek-geletek rasanye badan ni(macam ni agaknyer perasaan seorang addict bile....) persolannye sekarang... ape aku nak buat bile aku tgh bosan tapi aku bosan melayan internet. (did you guys get what I mean?) haih......... melayan novel lagi baik..

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

 Lama sudah ku tidak mengintai blog ni. Hahahaha... Kehidupan ku sekarang agak tenang dalam melayari ribut badai kehidupan. Alhamdulillah dapat merasai kenikmatan ketenangan tiupan angin walaupun adakalanya di timpa hujan, bersyukur sangat.. Masuk tahun ni dah hampir 7 tahun aku menjaga Hafizuddin dan Maryam. Dan apa yang aku boleh katakan, insyaAllah aku dah masuk dalam fasa berdamai dengan ketentuan Illahi.  Jujur, sebelum aku agak marah dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang terpaksa aku galas. Dalam diam aku marah orang sekeliling aku yang meletakkan tanggugjawab ini pada aku.  Menjaga anak-anak tak senang okey. Satu, aku ni seorang moody..emosi bagai gunung berapi..hatta 1 batu kecil mampu meletuskan api. Dan aku selalu berfikir, mungkin sebab mereka bukan keluar dari badanku sendiri maka haruman kasihku pada mereka pudar sekali. Seringkali memerlukan baja agar harumannya mekar mewangi... Tau tak dari mana aku dapat baja? Ada sekali tu aku rasa lelah sangat. Me...

saye nak jadi tukang cop duit bleh?

Pernah tak korang, setiap kali korang lalu depan kedai Levis time korang berjoli jolan kat dalam Alamanda yg korang berazam korang akan sambar sepasang suar jeans kat situ satu hari nanti.?(berape kali banyak korang daaa..) well, I have. And I really want one! The thing is, a pair of that piece of clothe cost like hundreds of ringgit.! ape ingat aku ni cop duit ke? it's not fair! kenape orang nak beli satu helai jeans yg rege die baratus2 ringgit sungguh aku tak paham.  haih...oleh kerana hampa tak dapat nak beli Levis, aku setel ngan Goggles je. pastu beralih arah ke Toms Girl, mencube Voir dan beberape unknown brand. They all have one thing in common(apart from a little bit less pricey). Wajib akan menggelebeh bile selalu pakai dan basuh.Aduh!! Voir paling teruk skali, dikuti goggles. Tak sampai setahun dah worn out. Toms Girl, okay la lagi.. jadi...oleh kerana bulan pose ni aku tau aku takkan banje banyak, so aku tetapkan hati masuk dalam kedai Levis, hangkut satu helai,(t...