---------------
Sedang aku menyukat mentega nak dibuat Choc chip smalam, terkedek-kedek datang satu hero kecik ke arah aku.
"alang wat ape? "
"mak lang nak buat cookies ni. Jangan kacau maklang"
"Alang.wat.kukis?" sambil muke die buat ala2 comel dekat aku.heh..
"Hummm..."
habis sukat barang2 yang diperlukan, aku masuk dapur nak pi pukul butter ngan gula(sukat bahannye kat blakang dapur). Si hero kecik tu pon kedek2 mengeko.
"Alang.wat.ape?"
"buat kukiss" malas da aku nak layan budak ni tau...
tetiba si hero menghilangkan diri. Sekali ku toleh, die perginye bukak peti ais. Aduhhh..
" Faris nak buat ape bukak peti ais tuh? dah..dah..tak payah main peti ais. tutup balik" mata aku perhatikan balik doh yang tengah kene pukul. Tetiba, muncul budak kecik tu sebelah aku balik.
"Alang..nah.." sambil kaki genitnye terjungkit2 cube nak meletakkan satu botol atas kabinet dapur.
"???????....Faris nak buat ape dengan botol sos ni? buat kukis tayah pakai sos!!"
kah kah kah kah kah kah kah...tergelak beso aku kejap disitu..
malas aku nak layan budak kecik sorang ni tau!
sudahnye, kukis aku tak menjadi. Agaknye sebab aku tak amik tips dari hero kecik tu kott..
PS: sebenarnye aku ter campurkan sekali tepung ngan gula time part sukat2(malas nk kotorkan bekas punye pasal). nasib baik gula kat bhgn atas, so kucekotkan je balik gula tu kasi asing2. dapat la ciput nak di pukul ngan butter....
---------------
waaaaa.....
sabtu ni exam!!!
hapak pon tak ready...
terasa betapa susahnye belajar sambil2 berkerja. Susah sebab otak tak mampu nak berkerja untuk belajar. huhuhuh..alasan saye--> balik keje, penat. tak larat nak study...
Tapi, ade sorang kakak sekelas ni, Hubby die outstation seminggu dua nih & Die berkerja & Die kene jaga 3 orang anak yang berumur dari 3 tahun ke 7 tahun (jenis2 umur budak yang sorang seumpama 10 orang =__=).
Jadinye aku tade alasan tak boleh nak belajar. Pasal aku tade hubby Aku tade anak yang nak kene jaga. penat aku pon takat penat berkerja je(penat gak tuh kan? theehehehe)
Tade alasan...tade alasan...
PS: still ade lagi 2 assignment yang belom siap. Boleh tak?
---------------
2 minggu lepas, kemain lagi kat opis tade keje. Datang opis, bukak PC, borak2, surf internet, surf facebook, streaming korea variety show, borak2 lagi, buat la sikit keje yang sekeciput, borak2 lagi, surf internet, balik rumah.
oh lupe pulak..
keluar makan dan habiskan duit TT___TT
heh...
itu sume dah kire sejarah zaman Tok Kaduk
sekarang kerja melambak. Melambak pon tak selambak nih. Dah 3 hari aku lunch dimeje sendiri TT___TT. Dah 3 hari jugak aku keje 10 jam non-stop. Break pon amik washroom break je. huh..patutla m*ntot boleh membesar...dah asik dudukkk je kejenye...
---------------
Ahad lepas buat barbeque kat laman umah sempena birthday Emak, Ayah, Angah, ngan Maryam. Bagus betul sume berkumpul bulan satu ek.
Best bangatt..
PS: pandai aku pilih kek. sedap! tayah beli secret recepi. overrated itu punye kedai~
---------------
Cukup la tuh. Sekian.
---------------
Comments