Entry ni tade kene mengene ngan tajuk di atas. Tajuk hanya gambaran kepenatan otak aku.
Habis kerje tadi, terus memecut ke Alamanda. Ye. Alamanda lagi. Esok ade 2 kenduri kawen yang aku kene hadir. Satu kenduri di Melaka dan satu lagi kenduri di Johor Bharu. Nasib baik kire one way. kalaulah kenduri tu satu kat kedah satu kat JB, aku awal2 give up. Duduk umah melingkau lagi bagus.
Kenduri yg kat Melaka ni, kire kawan sekolah menengah aku.Satu kelas time form 5.Misz Dr Kimot. Alhamdulillah. akhirnye sampai jugak jodoh dia. Time kat sekolah dulu, die kire antara beberape sifu aku selain Dira, Aiman, dan antara member hoo haaa hoo haaa. Bagi aku die seorang miss sempoi si otak geliga. Tapi gelaran tu aku hanya simpan dalam hati. kekekek..
Kenduri yg kat Johor plak, kawan aku time kat MMU. Member satu course. kalau ke kelas, aku mesti berbuddy2 dgn Cik Mira ni. Selalu gak kowtim ngan die. Time aku tak gi kelas, die tolong sign kan. Time aku gi kelas aku tolong sign kan. Tapi selalunye, aku je yang tuang kelas.heheheheh....
So, aku rasa sayang kalau aku tak pergi ke majlis kenduri mereka berdua ni.
Sebab aku mahu memory yang aku pon turut sama meraikan majlis untuk mereka berdua yang pernah bersentuh bahu berjalan bersama aku satu masa dahulu.
Eventho buat masa ni kenduri kawen bagi aku ade rasa masam2 kelat manis.
PS: Nasib baik hadiah tadi berat nak angkat. Kalo tak kompem dah rembat beberapa helai baju. Argh...help me. Saya tak mahu jadi shopaholic...!
Comments