Hari Jumaat malam, dok termenung kosong tengok Encik Lappy. Kalau Encik Lappy tu ade muke, kompem blush pipi die dek tenungan tajam aku. Pale makcik Kirin berputar ligat macam kipas angin speed 5 pikirkan ape nak buat hujung minggu ni.Nak keluar, nama dah disenarai hitamkan sebagai bank krap (bulan ni esey shopping terlupe diri sikit + buat hair and scalp treatment + beli barangan penjagaan rambut dan kepala(balik rumah rasa nak menangis terkenangkan nasib duit aku) = hampir dah nak minus baki akaun TT______TT ).Nasib orang miskin, nak buat camne. Dok umah je la.(ni kene pikir side income nih!)
jadi kesimpulannye, terasa cam baik la plak hati ni nak melegakan diri Encik Lappy yang dok tersipu2 blushing tak sedar diri ,jadi aku alihkan la plak redupan mata aku tenung Cooking Book aku. Yeszaaaa..anda tak salah baca. Cooking Book aku .....Hohohohoho...bangga tak aku ade cooking book sendiri! korang tanak bangga takpe. Bio aku sorang2 hidung kembang kempis memanjang mcm pinokio sampai bleh cocok langit. HOHOHHOHHO...sungguh ku tak ku sangka!!!
kompem! saya nk buat apple pie! ye. Apple Pie lagi. tapi terpikir gak. asik2 apple pie je. bosan gak. So, mintak maaf Encik Lappy, terpaksa renung manja awak lagi. Saya nk berbincang ngan Encik Gugel jap.
30 minit kemudian...aku kompem. Tertarik ngan dua mende alah ni. Siap catit kat My Cooking Notebook lagi wokeh. Notebook aku sendiri.... HOHOHOHOHO....
1. Red Velvet Cupcake : resepi sile pergi ke http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCupcakes.html
percubaan pertama aku buat topping die, serius ke longkang. Seb baik my Mother ade. 2nd Batch, boleh laa(walaupon aku still tak puas hati lagi)
kompem pas ni aku nak buat kek die plak!
2. Apple Cobbler.
Ia adalah satu tendangan!!!serius menjilat jari weih!.
Resepi:-
Bahan2
Apple Mix:-
2 Apples ( aku guna 6 bijik pasal apple aku cinonet. Apple hijau ek)
1 tbsp tepung (die tak kate tepung ape. so aku hentam pakai tepung biasa yang selalu beli kat tesco tu)
7 tbsp gula (ni pon aku pakai gule biasa)
1.5 tsp lemon juice (dalam peti ais tade lemon juice. ingat aku orang putih ke nak lemon2. pakai cuka sudahhh)
Bahan untuk Cobbler mix:-
3/4 cawan tepung
3/4 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/8 tsp salt (korang rasa patutkah aku sukat? NONSENSE!! tang ni aku guna sukatan 'secubit garam')
1 tbsp sugar
2tbsp butter (30 gm)
1/2 cawan buttermilk (nak buat buttermilk sendiri, masukkan 1tbsp lemon juice/vinegar dalam 1 cawan susu)
Cara2:-
1. campurkan semua bahan Apple Mix dalam bekas besar(lebih senang kalau buat dalam mangkuk yang boleh masuk dalam oven terus). campurkan biar semua permukaan apple terselaput(SPM, BM saya A!). Biarkan selama 1/2 jam
2. Dalam mangkuk yang lain, kite akan mulakan proses nk buat cobbler mix. Campur tepung,baking powder, baking soda, garam, gula, dan butter. Sile gunakan hujung jari time nak campurkan bahan2 tu ye. picit2 sikit.(tips: amik butter dengan hujung jari, gosok2kan ngan tepung bagai tu) buat sampai die ade rupe bread crumbs. Masukkan buttermilk dan campur semua sampai semua bahan tercampur elok. err..sampai buttermilk tu meresap dalam bahan yg lain
3. Tuang Cobbler Mix tadi atas Apple mix. tayah gatal2 nk gaul ye. bio die dok atas apple tu diam2
4. Masuk dalam oven yg dah di pre-heatkan dalam suhu 210 darjah selsius selama 30 minit (atau atas die berwarna perang). Kalau intai2 nampak juice apple tu gile menggelegak, kompem dah masak.
PENTING!: sile makan time die tengah panas. serius aku cakap! SEDAPPPPPPP!!!!
Comments