Aku ni
cepat marah
cepat moody
mood swings aku lebih cepat dari sekelip mata
kalo boleh aku nak aku je betul
pemberontak!
kalo ade orang buat salah ngan aku, aku akan buat salah dengan die balik
kalo kene gaya, aku boleh jadi pendendam
minggu sebelum minggu lepas, aku ade keluar makan berbual ngan sorang kawan aku. Perempuan, biasalah. Kalo keluar makan, mesti bergossip-gossap. Jadinye, terkeluarla segala ape yg dah berkulat kat dalam hati aku ni. Dan bermulalah sesi terapi. terapi terapi terapi, kesimpulan yg aku dapat dari sesi terapi tak berbayar tu adalah sangat positif. terasa macam ade cahaya kat hujung terowong. Aku menapak keluar dari Alamanda pon, dengan fikiran yang positif. yang dah lepas tu, aku berniat nak campak je jauh2. biar mula muka surat baru.
satu ayat si kawan kasi yang sangat berkesan kat hati aku hari tu, "kadang2 ape yg kite buat kite tak pasan mende tu salah. mungkin kirin ade buat salah jugak. tapi kirin tak perasan." aku setuju gile gile kot. ye lah. aku ni pon, bukan nye betul sangat. kero mero jugak.
Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku mulakan minggu aku dengan azam yang sangat kuat. Dan dengan harapan yg sangat tinggi. Aku nak semuanye jernih. Semuanya ok. New chapter!
pertengahan minggu, semuanya okay. gembira tau tak. betul cakap orang, kalo kita fikir positif, semuanya akan positif.
Tapi ingat senang? orang keliling kadang2 melontarkan api2 tak puas hati mereka. Api tu pon, kadang2 terpercik kat aku. Nak kata diorang salah, tak jugak(tapi ade je yg aku tatau betul ke salah output yg di inputkan dlm pale otak aku ni. malas nak terima bulat2). Tapi mata orang, mereke banyak bercakap benda yg diorang nampak. Dan ape yang derang nampak dan dengar(aku pon nampak dan dengar gak) membuatkan hati berbulu-bulu. Tapi disebabkan azam baru aku, aku cuba shave bulu2 tu biaq bersih sikit hati ni. Tayah nk pikir bukan-bukan.
haih..
azam tinggal azam.
Datang hari jumaat, mood aku hari tu kurang baik. Cuba jugak la cover(berjaya ke tak berjaya aku tatau la). Dandan time mood aku tengah berbuai-buai kiri kanan depan belakang tak tentu arah lah aku kene taikkan. Kalo taik tu dicampak oleh budak opis yg aku baru je kenal paling lama pon setahun takper lagi. Ni kene berakkan ngan orang yang aku panggil 'kawan'. kawan la sangat. Kalau tak puas hati je panggil backup. Tak boleh ke terang2 je cakap depan2. Ini dah dua kali tau tak!
mungkin orang kate mende ni kecik je, tapi aku dah tak larat
dah muak!
dah tak kuasa nak layan
aku dah tak percaya lagi dah!
ko nak buat ape pon buat lah. Aku doakan yang terbaik. cuma jangan kaitkan aku dah dengan hidup kau kalo boleh
sebab aku dah menjadi sorang yg sangat pendendam!!!!
Comments