lebih kurang 2 tahun lepas semasa aku masih lagi berkerja di HP. Sedang2 aku khusyuk/pening pale menghadap komputer mambalun kerja2 yg tak berkesudahan, handphone aku berbunyi. New message. Ayah menghantar gambar... katanye, masa nak ambil kasut dari almari pagi tadi, hari masih gelap. Matahari belum keluar. Lampu pula malap. Ingatkan ambil pair yang sama. Bila sampai opis, tengok-tengok kasut sebelah lain, sebelah lain. dan aku tergelak mengekek sengsorang di meja kerja. Semalam, mak mengajak aku pergi foot refleksologi di kajang. OTW ke sana, singgah ke petronas isi minyak. Mak sempat beli aiskrim celero 2 batang. satu untuk aku, satu untuk mak. Selesai isi minyak, kami meneruskan perjalanan ke Kajang. Sambil aku drive sambil2 makan aiskrim Celero. Tengah2 mak(dan aku) menikmati keenakan askem best tu, tipon mak tetiba menjerit. Tangan kanan mak pegang askem, tangan kiri pegang tab dan mak pon jawab panggilan.. hello.. ...... hello...... ....... hello...! ......